APAKAH PENYAKIT WAS-WAS?
Pernah diserang penyakit was-was? Apa tu? Bagaimana ia menyerang? Kenapa ia menyerang? Macamana nak mengubatinya?
Marilah terus membaca artikel ini. Di harap pengetahuan saya yang sedikit ini dapat memberi pertolongan kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini.
Penyakit was-was adalah sejenis penyakit psikologi yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir.
Ia adalah penyakit yang melanda hati manusia melalui saluran darah, menimbulkan rasa was-was dan ketakutan kepada manusia.
Perasan tak, ada segelintir umat Islam yang menghadapi kesukaran untuk memulakan solat terutamanya ketika takbiratul ikram. Berkali-kali menyebut Allahuakbar sambil mengangkat tangan dan terasa seperti tidak sempurna.
Ada juga yang berkali-kali mengambil wuduk kerana dirasakan air itu tidak mencukupi dan merasakan cara wuduk yang tidak betul.
Pernah tak terlupa rakaat ketika menunaikan solat? Ya...kadang-kadang kita malu nak bercerita dengan orang lain....tapi Allah maha Mengetahui.
Jadi, berikhtiarlah untuk mengubatinya agar ibadat kita akan lebih sempurna dan diterima Allah Taala.
Di dalam Islam, penyakit was-was adalah gangguan makhluk halus yang dipanggil al-Khannas. Ia menyusup masuk ke dalam saluran darah manusia, dan beredar ke dalam keseluruhan tubuh badan manusia terutamanya sekali otak.
Otak mengawal akal kita dan disitulah syaitan Khannas cuba untuk menguasai kita.
Sebagai seorang Islam, rajin-rajinlah membaca Surah An-Nas ayat 1-6, kerana inilah ubat yang sebenarnya.
Maksud ayat:
"Katakanlah wahai Muhammad.
Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekalian manusia.
Yang menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."
Allah swt telah mengurniakan ayat ini sebagai pendinding daripada serangan syaitan Khannas, agar kita tidak terpesong daripada pegangan Islam.
Was-was dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai waswasah, sejenis bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran yang dilakukan oleh syaitan.
Di dalam perubaran moden, penyakit was-was lebih dikenali sebagai penyakit psikologi obsessive compulsive disorder (OCD). Ada juga mengaitkan OCD dengan phobia atau penyakit ketakutan yang keterlaluan.
OCD ialah penyakit mental akibat kerisauan. Ia mempunyai gaya pemikiran dan tingkah-laku yang bersifat memaksa.
Kerap kita didendangkan dengan program mengenai OCD di saluran television masyarakat di Barat Discovery Channel dan National Geograhic.
Cerita bagaimana ada mat salih yang terpaksa kerap mencuci tangan kerana dirasakan tangan tak cukup bersih. Ada juga yang langsung tak mahu keluar rumah kerana terlalu takutkan penjenayah!
Penyakit was-was ini menyerang semua jenis manusia tanpa mengira agama, bangsa, umur dan jantina.
Namun, sebagai umat Islam, sewajarnya kita berubat cara Islam. Allah telah mengurniakannya kepada kita melalui Al-Quran.
Jadi kerap-keraplah membaca surah An-Nas secara kognitif iaitu berulang-ulang.
Eloklah dibacakan bersama dengan Surah al-Falaq dan Surah al-Ikhlas setiap kali selepas solat.
Ada dikatakan apa-apapun yang diulang sebanyak 40 kali akan menjadi kenyataan. Diharap maklumat ini akan dapat mengubati penyakit was-was kita dan sentiasa memohon daripada Allah Taala untuk kesembuhan.
Melalui pembacaan saya, pengambilan makanan tambahan seperti Omega 3 adalah elok untuk penyakit OCD.
Dikatakan OCD berpunca dari ketidaknormalan paras serotonin dalam otak. Serotonin berperanan mengawal perasaan kurang senang dan perkara-perkara yang menimbulkan gangguan.
Pesakit-pesakit OCD menghadapi masalah dimana reseptor serotonin kurang dirangsang.
Ubat-ubatan moden adalah ubat anti-obsesif di mana ia dikatakan menghapus fikiran obsesif dan taksub. Namun, ubatan moden banyak kesan sampingan yang negatif.
OCD juga dikaitkan dengan kebimbangan melampau atau anxiety neurosis yang boleh menyebabkan suasana kecelaruan panik atau panic disorder.
Pemakanan zat Omega 3 dikatakan dapat menstabilkan paras serotonin di otak, dan mengurangkan kerisauan obsesif. Wallahualam.
Ini sahajalah yang dapat dikongsi buat masa ini. Akan update jika ada maklumat baru.
No comments:
Post a Comment