SOLAT ADALAH PELINDUNG DAN PENDINDING KEPADA UMAT ISLAM.
Solat di wajibkan kepada umat Islam. Ini tanda sayangnya Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Tanpa solat, hidup umat Islam akan terumbang-ambing tanpa pedoman, tanpa pegangan dan tanpa tujuan.
Keikhlasan dalam menunaikan solat amatlah penting kerana sesungguhnya Allah maha Mengetahui. Dia lebih mengetahui hati dan niat kita bersolat. Adakah kita bersolat kerana segan kepada mak dan bapa mentua, segan kepada ipar-duai, segan kerana anak-anak yang semakin membesar? Atau kita bersolat semata-mata kerana Allah Taala?
Adakah kita bersolat dalam keadaan bermalas ataupun bersolat laju macam keretapi express? Adakah sujud kita mematuk macam ayam ataupun khusyuk tawaduk mengharap keredhaan Ilahi?
Tiada siapa boleh menjawab soalan-soalan di atas kecuali diri sendiri. Hanya diri sendiri dan Allah swt yang Maha Mengetahui yang mengetahui akan persoalan solat masing-masing.
Solat yang khusyuk dimulai dengan niat yang menfokus kepada kewujudan dan keesaan Allah dan tumpuan yang sepenuhnya kepada diriNya.
Bacaan Doa Iftitah mengakui kebesaran Allah Taala dan pujian sebanyak-banyaknya untuk Dia yang menjadikan siang dan malam silih berganti. Kita juga berdoa agar kita tidak digolongkan orang-orang yang menyekutukan Allah.
"Sesungguhnya, sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekelian alam. Sesekali tidaklah aku menyekutukannya. Dan yang demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan-golongan orang Muslim,'' sebahagian akhir Doa Iftitah.
Jadi, janganlah kita bersolat kerana malu atau segan kepada masyarakat. Tanamkan semangat dan iltizam untuk bersolat semata-mata kerana Allah. Jika kita membaca Doa Iftitah, tetapi dalam masa yang sama, hati kita bersolat kerana takut kena marah oleh ibubapa kita ataupun malu dengan anak, sudah tentu bacaan doa tersebut tidak selari dengan niat di dalam hati kita.
Inilah yang amat disukai oleh syaitan dan iblis. Melakukan perbuatan zahiriah seperti umat Islam, namun menuruti kehendak syaitan.
Bacaan-bacaan doa ketika duduk di antara dua sujud adalah pendek dan jelas, namun ia mempunyai pengertian dan maksud yang cukup mendalam.
"Ya tuhan, ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku,'' ini adalah doa ketika duduk di antara dua sujud.
Bacaan tersebut jika dilafaz dengan penuh tawaduk dan khusyuk, akan dapat meresap kedalam jiwa kita dan seterusnya memperbaiki keadaan kehidupan kita seharian.
Tak kiralah siapa kita, pekerjaan kita, gaji kita ataupun keadaan keluarga kita; solat yang penuh keikhlasan akan dapat merubah diri kita menjadi seorang individu yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.
Percayalah, kita hanyalah hamba kerdil di dunia yang amat luas ini dan pengantungan kepada Allah Taala amatlah penting.
Itulah sebabnya solat disyariatkan lima kali sehari, dari permulaan hari hinggalah kepenghujungnya. Diwajibkan solat kerana kita sememangnya memerlukan Allah sentiasa. Membelakangkannya sudah pasti membuat kita mudah putus asa, putus harapan dan bertindak membuta-tuli tanpa memikirkan kesannya.
Jiwa kita akan lebih tenang jika bersolat Subuh dan permulaan hari akan berlalu dengan penuh keindahan. Mungkin kita akan tersangkut dalam traffic jam mahupun bersesak-sesak dalam LRT untuk ketempat kerja, namun kita akan lebih beretika ketika memandu dan tidak terlalu beremosi jika ada yang terlanggar kita di dalam LRT.
Jika tidak percaya, cubalah sendiri. Ia suatu ketenangan yang tidak dapat dilihat dan sukar untuk digambarkan. Ia adalah suatu ketenangan yang dihadiahkan kepada kita yang bersolat Subuh.
Jika kita mengamati warna langit ketika subuh, ia adalah warna biru muda dan ia bersamaan dengan frekuensi tiroid, sejenis hormon yang mengawal kita. Solat subuh juga memperbaiki metabolisme badan, penawar rezeki; dan perkara-perkara ini hanya berlaku jika roh dan jasad kita bersatu. Maknanya kita mestilah dalam keadaan sedar dan tidak tidur!
Solat-solat yang seterusnya Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak mempunyai warna-warnanya yang tersendiri yang mempengaruhi setiap keadaan jasad dan roh seseorang.
Zuhor adalah warna hijau kekuningan dan sama dengan frekuensi perut, dan mempengaruhi sistem penghadaman dan keceriaan kita. Itu ke sebabnya kita selalu berlari ke kedai mamak waktu lunch break!
Asar warna oren dan spektrum warna sama dengan sistem reproduktif kita dan ia juga mempengaruhi kreativiti kita. Mahu lebih kreatif dalam pekerjaan kita, rajin-rajinlah solat Asar semata-mata kerana Allah. Insyallah, kita akan dikurniakan kreativiti, dan dapat naik pangkat kut!
Maghrib adalah kritikal kerana ia warna merah-infra, sejenis warna yang amat selesa kepada syaitan dan iblis. Golongan syaitan ini amat aktif pada waktu ini. Sewajarnya, kita harus berada di dalam rumah dan menutup kesemua pintu dan tingkap rumah kita. Jika tidak, syaitan dan iblis akan masuk dan keluar dari rumah kita dengan sesuka hati.Kita sudah biasa membaca berita, berlakunya kejadian abang bunuh adik ketika waktu maghrib. Ada sekeluarga yang hampir terbunuh ketika kereta yang dipandu mak mereka hampir melanggar kelibat haiwan di jalanraya. Ia berlaku waktu maghrib.
Sewajarnya kita berhenti dahulu dan bersolat Maghrib, kerana solat ini adalah kurniaan Allah yang boleh menguatkan otot, saraf dan tulang kita.
Solat Isyak berwarna indigo dan gelap yang mempunyai frekuensi sama dengan kawalan otak. Kehadiran kegelapan malam ternyata memberi isyarat otak untuk beristirehat seterusnya kita akan berada dalam tidur delta. Tidur yang nyenyak penting kerana di masa inilah, sel-sel tubuh badan kita berevolusi dan memperbaiki sistem pertahanan badan ataupun antibodi.
Jika kita tidur terlalu lewat dek menonton TV atau melayari internet, kita akan rasa terlalu kepenatan pada keesokan hari. Ternyata kita sukar untuk merasa hikmah solat Subuh esok pagi!
Solat yang paling susah dan sukar untuk ditunaikan, tapi diwajibkan kepada Rasulullah swt Nabi Muhamad ialah Qiamullail.
Waktu Qiamullail adalah bermula pada pukul 3 pagi dan mempunyai warna putih ke merah jambu keungu. Warna-warna ini adalah frekuensi yang elok untuk hormon dan otak. Bumi ini mempunyai oksigen paling bersih pada pukul 3 pagi dan sesiapa yang berjaga pada waktu ini berpeluang menghirup udara yang paling segar.
Oksigen bersih yang bercampur dengan darah kita selepas melalui jantung kita akan diedarkan keseluruh badan kita.
Kelenjar pineal, talamus dan hippotatamus di dalam otak kita ternyata dapat menikmati sel darah yang mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan bersih.
Yang menikmati nikmat ini hanyalah mereka yang rajin menunaikan ibadat Qiuamullail. Ternyata, Nabi Muhammad saw yang suci bersih yang tidak pernah meninggalkan solat Qiamulail, mempunyai hati yang luhur dan sentiasa bersemangat memperjuangkan Islam.
Bagaimana dengan kita?
Kini, ramai pesakit kita yang menderita pelbagai jenis penyakit. Jika dulu, penyakit kanser adalah sesuatu yang asing tapi kini ia seperti biasa di alami oleh orang yang rapat dengan kita.
Penyakit jantung yang biasa dialami oleh hanya golongan tua, kini menjadi perkara biasa kepada golongan muda.
Dek kerana kemodenan dan gaya hidup, kita telah menjerumuskan kita kepada pelbagai jenis penyakit.
Hanya dengan izin Allah kita akan sembuh, walaupun kita berbelanja beribu ringgit sekalipun.
Justeru itu, gunakanlah solat sebagai medium untuk mengubati diri kita. Allah telah mengurniakan akal kepada kita dan AlQuran sebagai pedoman. Setiap isi AlQuran adalah kalamNya dan mempunyai unsur-unsur syifa atau penyembuh.
Tiada siapa yang boleh menolong dalam soal ini. Kita yang berpenyakit seharusnya mengkaji diri kita, amalan hidup kita dan arah tujuan hidup kita. Penyakit adalah detour atau persimpangan dalam penghidupan. Ia ternyata memberhentikan setiap amalan seharian kita. Tiba-tiba kita tidak boleh bekerja. Tiba-tiba kita tidak boleh lagi ke Tesco. Tiba-tiba kita sukar untuk memandu, apatah lagi menaiki kapalterbang.
Inilah masanya untuk kita berfikir sejenak. Apakah penyakit kita? Bagaimana ia datang? Kenapa ia hadir? Bagaimanakah untuk mengubatinya?
Jadikanlah amalan solat sebagai pelindung daripada segala bentuk kejahatan dan penyakit. Sentiasa memohon keredhaan Allah Taala untuk kesembuhan.
"Selalu solat tapi penyakit tak hilangpun," selalu kita dengar daripada orang yang rapat dengan kita.
Solat kena berterusan dan doa kena berterusan dan keredhaan sentiasa perlu menguasai diri. Insyaallah, penyakit akan hilang dengan sendirinya.
Perubatan moden bukan sahaja amat mahal, malah ubatan-ubatannya mempunyai kesan sampingan yang negatif pada masa panjang.
Cuba bayangkan jika kita selalu makan ubat batuk yang biasa kita beli dari farmasi. Hari ini batuk itu mungkin hilang tapi ia memberikan kesan mengantuk yang berpanjangan dan sukar untuk kita menumpukan kepada pekerjaan kita.
Cubalah ambil air kolah di masjid dan bacalah Surah alFatihah, surah al-Iqlas dan surah An-Nas, salawat untuk Nabi Muhammad dan minumlah....solat jangan lupa....dan sentiasa perbaiki solat.
Sesiapa yang mempunyai masalah prostat, ovari, testikal ataupun uterus yang melibatkan sistem reproduktif badan, perlu memperbaiki solat Asar. Sentiasa perbaiki setiap solat kita kerana proses pembelajaran tidak terhenti dek kerana tamat sekolah.
Syaitan dan iblis amat suka jika kita sakit kerana kita akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat. Kita juga akan lebih mudah berputus asa jika kita ditimpa penyakit.
Inilah alam. Kita sesungguhnya sentiasa memerlukan Allah Taala dalam keadaan sakit mahupun sihat. Pensyariatan solat adalah medium untuk kita berhubung dengan Allah secara langsung. Jadi....solatlah untuk Allah Taala semata-mata.
No comments:
Post a Comment