Wednesday, 27 March 2013

Part 4 and the last part on how to cure heat-induced urticaria.

PART FOUR AND THE LAST PART: HOW TO CURE HEAT-INDUCED URTICARIA?


This is the final part on my writing about heat-induced urticaria. I cured my sickness using Islamic method. As a Muslim, I strongly believed in the power of Islamic healing. So,  I would like to continue writing about it in Bahasa Malaysia.

Setelah hampir setahun setengah mengalami masalah urticaria, saya hampir berputus asa untuk terus berubat. Semua doktor yang ditemui termasuk beberapa doktor pakar hanya dapat mengenalpasti penyakit saya, tapi tidak dapat mengubati penyakit saya.

 Pelbagai jenis suntikan yang diberi dan bermacam jenis pil yang di telan, tapi masih tidak dapat menghilangkan penyakit saya.
 Pil-pil yang ditelan dapat mengurangkan rasa gatal dan ada yang mengurangkan kesan-kesan tompok merah di badan, tetapi tidak dapat mengubati sepenuhnya.

Hari ini mungkin tompok merah terdapat di tangan saya, tetapi besok ia hilang dan timbul pula di bahagian kaki.
Yang paling menyusahkan apabila tombok merah itu muncul di bahagian tumit kaki. Memang tidak boleh berjalan dan terpaksa merangkak. Kalau cuba juga untuk berjalan, akan rasa sakit yang teramat sangat.

Saya akan melumur bahagian bertombok merah dengan losyen calamine, dan tunggu sehingga kering. Selepas 1 atau 2 jam baru boleh berjalan seperti biasa.
Penyakit urticaria sememangnya menyakitkan. Jadi sesiapa yang membaca nukilan ini dan tidak pernah mengalaminya, bersyukurlah banyak-banyak kepada Allah Taala.

Setelah berputus asa dengan perubatan moden, saya pun membelek internet mencari maklumat untuk perubatan Islam. Pengetahuan yang sedikit telah bertambah dan saya semakin yakin untuk mencari penawar kepada penyakit saya.
Manusia sakit dan berpenyakit kerana sememangnya Allah mahu menguji tahap keimanan hamba-hambaNya dengan ujian penyakit.

Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan  dan keyakinan seseorang terhadap Penciptanya. Selain itu, penyakit juga dapat membersihkan seseorang daripada dosa-dosanya dengan menaikkan darjatnya  disisi Allah.
Bagi yang tinggi tahap keimannya, dia akan menerimanya dengan hati yang lapang sehinggakan boleh nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

Saya kembali membaca buku-buku lama tentang solat dan memperbaiki perbuatan solat dan bacaan solat. Kita sememangnya didedahkan dengan solat sebagai orang Islam, tetapi belajar untuk menghayati rukun solat adalah berbeza sama sekali. Penghayatan belajar solat semasa umur 10 tahun adalah berbeza ketika berumur 40 tahun.
Amatilah setiap doa ketika duduk diantara dua sujud ketika solat. Bacaannya pendek tetapi amat mendalam maksudnya. Salah satunya adalah doa untuk kesembuhan. Jadi tunduk dan tawaduklah pada kebesaran Allah Taala.

Saya juga mencari surah-surah yang perlu diamalkan untuk penyakit kulit. Surah tersebut termasuklah Fussilat ayat 42 - 54, Maidah 82 - 91 dan Ahzab ayat 18 -20.

Salah satu amalan selepas solat yang mujarab untuk dilakukan ialah membaca doa Nabi Ayub sepertimana yang terdapat dalam Surah Al-Anbiya ayat 83 yang bermaksud," Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."
Seelok-eloknya bacalah ayat ini sebanyak 83 kali setiap kali selepas Isyak. Allah Taala telah menyembuhkan penyakit kulit Nabi Ayub dan kita perlu juga memohon kepadaNya untuk kesembuhan.

 Amalkanlah juga satu ayat dari Surah Sod ayat ke 42, setiap kali ketika hendak mandi, yang bermaksud," Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu. Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum, bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin."

Doa berikut ini juga elok untuk diamalkan, sebuah hadis riwayat Imam al-Termizi yang bermaksud, "Dengan nama Allah yang Maha Besar. Aku berlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api."
Amalan doa ini banyak berkesan kepada saya kerana salah satu punca urticaria saya adalah badan saya sentiasa kepanasan, seolah-olah kepanasan itu terperap di dalam badan dan tidak keluar. Jadi saya mandi sekurang-kurangnya 5 kali sehari, barulah kepanasan badan itu hilang.
Tetapi kini alhamdulilah, 2 atau 3 kali mandi sehari sudah memadai.

Apabila air dibaca dengan doa dan ayat-ayat AlQuran, hablur air akan berubah menjadi cantik seperti hablur kristal yang sangat halus, dan seterusnya menerapkan tenaga positif untuk minda sihat. Air  dapat mempengaruhi tahap motivasi kita dan air juga cepat memberi respon pada niat kita  di dalam hati.

Sesungguhnya, air ada rohnya tersendiri.
Ketika berenang tak kiralah dimana, kolam renang ke ataupun di sungai, saya suka membaca," Air, mudahkanlah pergerakan ku dan tenangkanlah aku," dan terus berenang. Jangan lupa untuk membaca surah-surah lazim. Surah al-Fatihah, an-Nas, al-Ikhlas dan beberapa lagi surah-surah pendek amat berkesan dalam perubatan Islam.
Namun, kita kenalah mengkaji dan mendalami maksud-maksud surah-surah tersebut, barulah Allah Taala mengurniakan kesembuhan untuk kita.
Kita harus mengetahui kenapa, bila, bagaimana surah-surah tersebut diturunkan oleh Allah Taala.

Walaupun kita tidak berpenyakit dan sihat walafiat, eloklah jadi amalan untuk berdoa sebelum mandi terutama mandi ketika pagi dan senja. Semoga segala kekotoran di jasad dan di roh kita akan keluar dari badan kita, dan minda kita akan sihat.

Berzikir banyak membantu saya untuk mengubati penyakit saya. Syaitan dan iblis serta kuncu-kuncunya adalah juga dikategorikan sebagai bakteria jahat, kuman-kuman yang mengotori saluran darah kita.

Syaitan dan jin tidak mempunyai unsur jasad, jadi mereka ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, kewujudan mereka boleh dibuktikan melalui sains fizik kuantum. Makhluk jahat ini boleh dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Zikir adalah gelombang tetap yang dikurnikan oleh Allah Taala untuk kita dan apabila diamalkan berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong dalam tubuh badan manusia dan menjadikannya pejal.

Ia menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti jin atau syaitan.
Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu menganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon.

Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tidak terkawal (tumor dan kanser).

Jadi, berzikirlah.  Allah Taala mempunyai 99 nama-nama yang indah untuk dizikirkan dan jadikan amalan.
Saya telah mencuba amalan-amalan tersebut di atas dan sememangnya berkesan dalam mengubati penyakit saya.
Inilah rahsia-rahsia saya. Walaupun tidak lagi menghadapi penyakit urticaria, saya teramat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan petunjuk dan hidayah untuk mengubati penyakit saya ini.

Semoga para pembaca yang sedang mengalami penyakit, berusahalah untuk berubat secara Islam kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa and Maha Penyembuh.

No comments:

Post a Comment